Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-33

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-33

Setelah 3 tahun tidak dapat mengadakan mesyuarat agung tahun Surau Al-Ikhwan Taman LKNP akibat pandemik Covid-19. Alhamdulillah pada hari ini bertarikh, jumaat 25 Mac 2022 selepas solat maghrib bertempat di Surau Al-Ikhwan Taman LKNP telah berjaya mengadakan mesyuarat tahunan kali ke 33.

Mesyuarat dimulakan dengan kata aluan daripada setiausaha surau iaitu Tuan Haji Zainal Bin Jalil dan seterusnya ucapan pengerusi surau iaitu Ustaz Haji Ayub Bin Daud. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Dato' Haji Ahmad Sabri Bin Hussin selaku penasihat Surau Al-Ikhwan Taman LKNP.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan aktiviti surau tahun 2019 hingga 2021. Pelbagai cadang telah dibangkitkan dikalangan jemaah Surau Al-Ikhwan Taman LKNP.

Mesyuarat juga telah mengumumkan perlantikan AJK Surau baru yang dilantik terus oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta 3 AJK lantikan jemaah surau bagi sesi 2022 - 2023.

Semoga dengan kerjasama dan sokongan AJK dan ahli qariah Surau Al-Ikhwan akan mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.

Gambar-gambar sekitar mesyuarat agung tahun kali ke-33 Surau Al-Ikhwan Taman LKNP.


gambar 1
Ucapan aluan Setiausaha Surau Al-Ikhwan Tuan Haji Zainal Bin Jalil

gambar 2
Antara jemaah yang hadir... terima kasih

gambar 3

gambar 4

penasihat surau al-ikwan taman lknp
Ucapan perasmian oleh Penasihat Surau Al-Ikhwan Taman LKNP Dato' Haji Ahmad Sabri Bin Hussin

Pengerusi surau al-ikhwan taman lknp
Ucapan penutup oleh Pengerusi Surau Al-Ikhwan Taman LKNP, Ustaz Ayub Bin Daud

Barisan ajk
Barisan AJK 2022 - 2023

generasi pelapis
Anak-anak bakal pelapis Surau Al-Ikhwan Taman LKNP

MUAFAQAH BARAKAH

Catat Ulasan for "Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-33"