Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1443M/2022H

jadual berbuka puasa kuantan

Kami Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhwan Taman LKNP sesi 2022/2023 ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak 1443H/2022M" kepada semua jemaah, ahli kariah Surau Al-Ikhwan Taman LKNP.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi berikutan kita diberi peluang untuk bermujahadah dalam Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan) kali ini. 

Ketibaan Ramadhan sangat-sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia kerana Ramadan adalah bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagai Syahrul Magfirah (bulan keampunan) dan Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan pembebasan dari api Neraka). 

Dalam bulan Ramadhan selain menunaikan ibadah puasa di siang hari, kita boleh menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan sebagainya. 

Kita sebagai umat Islam perlu memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada bulan Ramadan kerana bulan yang penuh rahmah dan maghfirah ini akan berlalu begitu sahaja seandainya keistimewaan yang dikurniakan tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. 

Oleh itu, marilah kita bersama-sama merebut peluang ini sebaik mungkin kerana belum pasti kita akan bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang. 

Catat Ulasan for "Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1443M/2022H"