Program Bubur Lambuk Surau Al-Ikhwan Taman LKNP (1)

Program Bubur Lambuk


Dua tahun sepi tanpa bubur lambuk Surau Al-Ikhwan Taman Taman LKNP akibat pandemik Covid-19. Alhamdulillah pada tahun ini, pada tarikh 10 April 2022 program bubur lambuk telah berjaya dilaksanakan.

Sebelum ini kebiasaannya setiap tahun pasti Surau Al-Ikhwan Taman LKNP akan membuat dan mengedarkan bubur lambuk untuk para jemaah sekitar taman ini.

Program Bubur Lambuk ini dijalankan secara bergotong-royong antara AJK dan Jemaah Surau Al-Ikhwan Taman LKNP. Program ini bermula jam 10:30 pagi sehingga semuanya selesai diedarkan selepas solat asar.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang telah memberi sumbangan untuk menjaya program bubur lambuk ini. Kami AJK Surau Al-Ikhwan Taman LKNP  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir sama-sama bergotong-royong memasak bubur lambuk ini dari mula hingga akhir.

Semoga Allah melipat gandakan pahala dibulan yang mulia ini... aamiin ya rabbal 'alamiin.

Gambar-gambar sekitar program bubur lambuk Surau Al-Ikhwan Taman LKNP :

kacau bubur lambuk
Proses awal untuk memasak bubur lambuk... 10kg beras

sup rahsia bubur lambuk
Sup rahsia bubur lambuk... ni yang buat bubur lambuk Surau Al-Ikhwan sedapppp...

muslimah
Bahagian muslimat

berbincang bubur lambuk
Siang isi ikan untuk menambah kesedapan bubur lambuk

muslimah 1
Bahan wajib untuk bubur lambuk...

veteran bubur lambuk
Bila veteran beraksi...

pakar kacau bubur lambuk
Kacau jangan tak kacau..

basuh bubur lambuk
Bahagian basuh membasuh

ketua cef bubur lambuk
Ketua Cef sedang berbincang untuk masak apa lagi ni nanti...

bubur lambuk 3
Ketua cef menunjuk skil memasak yang betul

veteran beraksi
Semangat ini yang perlu dicontohi oleh golongan muda Surau Al-Ikhwan Taman LKNP

InsyaAllah berjumpa lagi dalam sesi kedua program bubur lambuk Surau Al-Ikhwan Taman LKNP minggu hadapan.

Sumbangan Iftar Ramadan 2022 masih lagi dibuka, sila hubungi nom tertera untuk keterangan lanjut.





Catat Ulasan for "Program Bubur Lambuk Surau Al-Ikhwan Taman LKNP (1)"