Solat Tarawih 20 Rakaat Seluruh Masjid dan Surau Dalam Negeri Pahang 1446h
Penetapan Solat Tarawih dua puluh rakaat dengan witir dua salam seluruh masjid dan surah dalam Negeri Pahang.
Kesempurnaan melaksanakan solat tawawih adalah afdalnya didirikan 20 rakaat sebagaimana dijelaskan oleh Iman Syafie iaitu 'Bahawa saya amat suka jika didirikan 20 rakaat solat tarawih'. Inilah juga yang dikatakan oleh Saidina Umar Ibn Al-Khattab, "Bahawa penduduk Mekah mendirikanya 20 rakaat serta witir". (Kitab Al-Hawi Al-Kabir Syarah Kitab Mukhtar Al-Muzanni Jilid ke-2 muka surat 290.
Pelaksanaan solat tarawih ini adalah dengan perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang. Walaubagaimanapun, pihak masjid dan surau boleh memilih memendekkan solat tarawih pada malam sambutan Nuzul Al-Quran.
Semoga segala amal ibadah kita dalam bulan puasa ini lebih baik dari tahun sebelumnya... Aamiin
Catat Ulasan for "Solat Tarawih 20 Rakaat Seluruh Masjid dan Surau Dalam Negeri Pahang 1446h"
Catat Ulasan